UPM Institutional Repository

Hikayat Pelanduk Jenaka : perkembangan kecerdasan bodily- kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja


Citation

Abu Bakar, Roslina (2017) Hikayat Pelanduk Jenaka : perkembangan kecerdasan bodily- kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .

Abstract

Objek penelitian ini mengenai kehidupan masyarakat seisi rimba menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Pelanduk Jenaka membawa pelbagai penyelesaian masalah yang berupaya mempengaruhi pembangunan jasmani, emosi, intelek serta sahsiah golongan kanak-kanak dan sesuai dijadikan medium pengajaran dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah mahupun remaja awal. Perwatakan yang dibawakan oleh watak-watak binatang menerusi Hikayat Pelanduk Jenakaturut dihubungkan dengan kecerdasan pelbagai yang berupaya membina pengetahuan dan maklumat awal pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat bersesuaian untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal untuk memperkembangkan kecerdasan dan keupayaan semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan mengaplikasikan teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983; 1993). Naratif Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya dihubungkan dengan pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak dan remaja. Namun demikian, penulisan ini hanya berfokus kepada kecerdasan bodily-kinesthetic dan kecerdasan bahasa sahaja serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti Hikayat Pelanduk Jenaka dan hubungannya dengan perkembangan kecerdasan bahasa dan bodily-kinesthetic kanak-kanak dan remaja. Kedua, untuk menganalisis kecerdasan bahasa dan kecerdasan bodily-kinesthetic serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal. Kecerdasan pelbagai dan Hikayat Pelanduk Jenaka berupaya membangun perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah kanak-kanak. Kajian ini berupaya memaparkan kepentingan naskhah Melayu lama dan sumbangannya kepada generasi muda pada era ini.


Download File

[img] Text
08-ROSLINA-UPM.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (393kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Development; Intelligence; Children; Teen
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:09
Last Modified: 06 Jul 2018 09:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64475
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item