UPM Institutional Repository

Judul dan blurb buku ilmiah


Citation

Sha'ri, Sharil Nizam and Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Hassan, Mohd Hazreen Shah and Reduzan, Norul Haida (2017) Judul dan blurb buku ilmiah. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .

Abstract

Penerbitan buku ilmiah mempunyai tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat dan mempertingkat kesarjanaan seseorang ahli akademik, bukannya untuk mengutamakan keuntungan wang ringgit. Justeru, pembinaan judul atau tajuk buku ilmiah dan fakta utama yang menjadi ‘buah fikiran’ utama seseorang pengarang menjurus kepada tajuk, hendaklah yang jitu serta mantap untuk diterima oleh masyarakat atau pembaca. Dalam aspek penerbitan buku, blurb turut diberikan penekanan kerana penulisan ringkas dan padat tentang buku yang terletak di bahagian kulit belakang ini membantu proses pemahaman oleh pembaca terhadap buku ilmiah yang dibaca oleh mereka. Dalam kajian ini, sebanyak 10 buku ilmiah iaitu lima buku ilmiah pada tahun 2016 dan 2015 dipilih secara rawak dan analisis teks dilakukan untuk meneliti dan menganalisis pembinaan judul dan ilustrasi dalam buku tersebut. Buku terbitan Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih kerana Penerbit UPM antara penerbit di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang mempunyai sistem pengurusan kualiti (ISO) yang khusus iaitu Prosedur Pengurusan Penerbitan Buku Ilmiah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa judul setiap buku ilmiah yang diterbitkan hendaklah jelas, mudah dan jitu untuk menarik perhatian pembaca dan menterjemahkan setiap bab yang terkandung sebagai sumber ilmu kepada pembacanya. Diikuti, penulisan blurb yang baik dan berkesan dapat menyampaikan inti pati kandungan buku ilmiah kepada pembaca dengan jelas. Judul dan blurb hendaklah dikuasai oleh seseorang pengarang untuk memastikan buku ilmiah boleh diterima dalam pasaran.


Download File

[img] Text
07--dr.sharil.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (200kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Title; Blurb; Publisher; Academic book
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:09
Last Modified: 06 Jul 2018 09:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64472
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item