UPM Institutional Repository

Mau'izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan


Citation

Kamarudin, Kamariah (2017) Mau'izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .

Abstract

Berdasarkan perspektif Islam, terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk membentuk keperibadian anak muda. Salah satu daripadanya konsep mau’izah, iaitu usaha nasihat dan menasihati, usaha sentiasa pesan dan memesan ke arah kebaikan, kebenaran dan kesabaran. Konsep mau’izah yang digambarkan dalam Islam ini merupakan tunjang dalam pendidikan khususnya bagi membentuk sahsiah diri golongan remaja kepada nilai-nilai murni. Didapati bahawa mau’izah berguna bukan sahaja dalam pembinaan jiwa anak muda bahkan dalam proses menghidangkan bahan bacaan yang bermanfaat dalam masyarakat. Sejajar dengan itu, karya sastera khasnya novel remaja merupakan bahan bacaan yang berupaya membentuk perilaku dan sahsiah anak muda. Justeru, kajian ini merungkai mau’izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan bagi memperlihat sejauh mana usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan dan kebenaran ditampilkan pengarang kepada pembaca. Berdasarkan kajian ini jelas memperlihatkan bahawa konsep mau’izah dikemukakan pengarang dengan tujuan untuk membangunkan keperibadian remaja yang unggul mengikut garis panduan Islam dalam arus kemodenan dan teknologi hari ini. Menerusi usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran telah menjadikan konsep mau’izah sebagai syarat utama dalam pembangunan manusiawi dan pembugaran insani.


Download File

[img] Text
06-PROF.DR-Kamariah.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (320kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Mau'izah; Teen; Satu Bulan Tiga Bintang; Ummu Hani Abu Hassan
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:09
Last Modified: 06 Jul 2018 09:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64471
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item