UPM Institutional Repository

Pemimpin dan strategi


Citation

Mohd Asri, Ratna Inzah (2017) Pemimpin dan strategi. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-2 (PASAK 2017), 26-27 Apr. 2017, Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. .

Abstract

Pemimpin merupakan ketua suatu organisasi, politik, negara dan lain-lain yang mempunyai pelbagai nama mengikut bahasa, adat dan kebudayaan. Mempunyai peranan yang berkaitan dengan kuasa dan berkemampuan melakukannya dengan berbagai-bagai cara. Pemimpin mempunyai peribadi yang menarik dengan pelbagai kelebihan, terutama mampu mempengaruhi orang-orang lain untuk bersama-sama melakukan kegiatan tertentu untuk mencapai tujuan. Pemimpin mampu untuk membuat keputusan, membahagikan kebaikan, membimbing dan mendidik bawahan, memberikan nasihat, menyelesaikan masalah dalaman dan luaran, juga menjadi teladan serta membuat peraturan untuk kebaikan keseluruhannya. Pemimpin juga mesti mempunyai daya kerjasama yang baik dalaman mahupun luaran dan bertanggungjawab dalam semua perlakuan, tutur kata diri sendiri mahupun organisasi untuk mencapai sasaran strategi dan tujuan. Mengutamakan mencapaian melalui strategi dan mementingkan organisasi daripada hal yang berbentuk peribadi dalam menyelesaikan semua masalah demi kepentingan organisasi/parti/negara. Pemimpin mempunyai pengaruh, kuasa dan akan membawa pengikut ke arah kebaikan. Secara keseluruhannya pemimpin perlu mempunyai sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah.


Download File

[img] Text
01--RATANA-INZAH.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (203kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Leader; Strategy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:09
Last Modified: 06 Jul 2018 09:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64466
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item