UPM Institutional Repository

Cabaran pendidikan tahfiz di Malaysia dalam melahirkan generasi al-Quran


Citation

Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Che Hassan, Norlizah and Wan Jaafar, Wan Marzuki and Abdul Mutalib, Lukman (2015) Cabaran pendidikan tahfiz di Malaysia dalam melahirkan generasi al-Quran. In: Seminar Wahyu Asas Tamadun IV Peringkat Antarabangsa (SWAT 2015), 6-7 Okt. 2015, Dewan Kuliah Utama, FPQS, USIM. (pp. 211-222).

Abstract

Pendidikan tahfiz di Malaysia adalah antara aliran pendidikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong pihak kerajaan mahupun swasta untuk membangunkan sekolah dan institusi tahfiz di negara ini. Fenomena ini berlaku didorong oleh krisis permasalahan akhlak yang berlaku dalam masyarakat. Sayyid Qutb telah mengusulkan agar pembentukan generasi al-Quran yang unggul perlu diusahakan bagi menangani masalah dalam masyarakat ketika itu. Walaupun cadangan Sayyid Qutb merupakan cadangan pada zamannya, namun ia tetap relevan untuk alaf kini. Generasi al-Quran unggul yang dimaksudkan merujuk kepada generasi yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dalam pelbagai bidang kehidupan serta mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian. Kajian yang dijalankan ini cuba meneliti sejauh mana pendidikan tahfiz di Malaysia memberi penekanan kepada melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang disarankan Sayyid Qutb. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Partisipan kajian melibatkan pentadbir dan guru-guru di beberapa sekolah tahfiz terpilih. Dapatan menunjukkan pendidikan tahfiz di beberapa sekolah terpilih tidak menyatakan secara khusus bagi melahirkan generasi al-Quran. Namun, inisiatif bagi melahirkan generasi al-Quran dilaksanakan secara tidak langsungdan dalam parameter yang tidak menyeluruh. Kajian ini memberi isyarat penting agar pendidikan tahfiz memberi fokus secara jelas kepada pembentukan generasi al-Quran dalam kurikulum yang dibentuk.


Download File

[img] Text
fail3.cfm-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (361kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Tahfiz education; Quranic generation; Tahfiz curriculum
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Jul 2018 09:33
Last Modified: 05 Jul 2018 09:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64442
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item