UPM Institutional Repository

Perumpamaan haiwan invertebrata dalam al-Qur'an


Citation

Othman, Mohd Sukki (2015) Perumpamaan haiwan invertebrata dalam al-Qur'an. In: Seminar Wahyu Asas Tamadun IV Peringkat Antarabangsa (SWAT 2015), 6-7 Okt. 2015, Dewan Kuliah Utama, FPQS, USIM. (pp. 23-43).

Abstract

Secara umumnya, haiwan yang hidup di atas muka bumi ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu haiwan vertebrata dan haiwan invertebrata. Haiwan invertebrata ditakrifkan sebagai “an animal without a backbone”, iaitu yang bermaksud haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Kumpulan haiwan ini mencakupi 95% spesies haiwan yang wujud di bumi. Serangga merupakan haiwan yang paling dominan dalam klasifikasi invertebrata dari segi kepelbagaian spesiesnya. al-Qur’an telah membicarakan tentang haiwan invertebrata ekoran kepentingannya dalam kehidupan manusia. Haiwan invertebrata amat berperanan dalam ekosistem dalam mewujudkan kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. Walaupun terdapat pelbagai jenis haiwan invertebrata yang hidup di atas muka bumi ini, namun al-Qur’an hanya mengetengahkan beberapa jenis daripadanya sahaja yang mewakili kumpulan-kumpulan haiwan dengan pelbagai cara hidupnya, seperti haiwan invertebrata pemakan tumbuh-tumbuhan, pemakan benda-benda organik mati, pemangsa dan parasit, dan yang hidup secara bersendirian dan bermasyarakat. Penyataan tentang haiwan invertebrata di dalam al-Qur’an menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT, di samping ia adalah satu fakta biologi untuk dikaji oleh manusia yang dikurniakan akal fikiran dan kemampuan untuk melakukan kajian. Ia bersesuaian dengan konsep ilmu di dalam Islam yang mengarah kepada tauhid dan keredaan Allah SWT. Secara umumnya, haiwan invertebrata yang telah disebut di dalam al-Qur’an ialah nyamuk, lalat, belalang, labah-labah, kelkatu, kutu, lebah, semut dan anai-anai. Namun begitu, haiwan invertebrata yang telah dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran hanyalah nyamuk, labah-labah dan lalat. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat kepada rahsia dan hikmah pemilihan haiwan invertebrata itu di dalam al-Qur’an yang telah dijadikan sebagai suatu perumpamaan oleh Allah SWT untuk manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Seterusnya, untuk kajian yang lebih mendalam, analisis akan dilakukan untuk melihat elemen i’jaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’an yang membicarakan tentang haiwan invertebrata tersebut.


Download File

[img] Text
fail3.cfm-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (647kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Parable; Animal; Invertebrates; Al-Quran
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 05 Jul 2018 09:33
Last Modified: 05 Jul 2018 09:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64441
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item