UPM Institutional Repository

Penelitian dan pemahaman terhadap model program j-QAF


Citation

Suhid, Asmawati (2013) Penelitian dan pemahaman terhadap model program j-QAF. In: Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF 2013), 19-20 Jun 2013, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 19-35).

Abstract

Program j-QAF telah melalui satu pusingan pelaksanaannya sejak ia diperkenalkan pada 2005. Pelbagai input dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dari sudut keberkesanan dan impak program j-QAF, kualiti guru dan murid yang dihasilkan, dan masalah serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan program ini. Kesemuanya mempunyai hasrat murni iaitu untuk menambah baik dan memantapkan lagi program ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memapar dan membincangkan dapatan kajian berkaitan model-model yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF. Responden yang dilibatkan dalam kajian ini terdiri daripada guru pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF di negeri Selangor. Pengkaji turut menghalusi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini. Seterusnya mengenengahkan pandangan dan cadangan guru j-QAF bagi meningkatkan program ini. Diharapkan kertas kerja ini dapat menambah maklumat berkaitan program j-QAF dan memberi ruang kepada perkongsian maklumat di antara para penyelidik dan ilmuan serta pendidik Islam bagi memantapkan lagi program ini seterusnya mencapai kata sepakat tentang prospek dan hala tuju program j-QAF.


Download File

[img] Text
SKP j-QAF 2013-3.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (264kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: j-QAF; Teaching and learning; Program implementation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:33
Last Modified: 04 Jul 2018 02:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64292
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item