UPM Institutional Repository

Penilaian belia terhadap portal berita dalam talian


Citation

Nurdin, Rahmawati and Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Sha'ri, Sharil Nizam (2017) Penilaian belia terhadap portal berita dalam talian. In: 4th World Conference on Integration of Knowledge 2017 (WCIK 2017), 31 July-1 Aug. 2017, Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia. (pp. 87-97).

Abstract

Penerbitan dalam talian semakin berkembang selari dengan perkembangan internet. Masyarakat mula beralih kepada pembacaan portal berita dalam talian untuk membaca berita. Portal berita mempunyai faktor prominen iaitu mempunyai sesuatu elemen yang menonjol seperti reka bentuk, topik dan sebagainya yang menarik perhatian pembaca untuk membaca portal tersebut. Wartawan di medium baru ini sentiasa mengemaskini maklumat supaya pembaca tidak perlu tertunggu-tunggu untuk mendapatkan berita terkini. Namun begitu, timbul beberapa persoalan tentang kredibliti portal berita dalam talian kerana sifat internet yang mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa melakukan penelitian keatas maklumat tersebut. Berbeza dengan akhbar yang perlu melalui proses editorial dan “gatekeeping” yang ketat sebelum disiarkan. Walaupun menyedari hakikat ini, pembaca tetap memilih portal berita dalam talian. Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan belia.dan mengenal pasti perkaitan faktor prominen dengan penerimaan belia terhadap berita dalam talian. Teori yang menjadi asas dalam penyelidikan ini ialah Teori Prominen-Interpretasi. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 400 orang responden daripada empat buah Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan maklumat yang kerap dibaca oleh responden berbentuk jenayah, hiburan dan politik. Selain itu, ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor prominen terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh belia. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa portal berita dalam talian diterima oleh belia disebabkan faktor prominen iaitu pengalaman, tugasan dan reka bentuk, penglibatan dan topik serta faktor interpretasi iaitu andaian, kemahiran atau pengetahuan dan konteks. Oleh itu, faktor prominen perlu dipertingkatkan pada portal berita dalam talian terutamanya faktor reka bentuk dan topik yang sesuai dengan minat pembaca bagi menarik perhatian mereka.


Download File

[img] Text
WCIK2017_038_2i18A4kDQ5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (500kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Credibility; Online news portal; Youth
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:31
Last Modified: 04 Jul 2018 02:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64284
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item