UPM Institutional Repository

Amalan pengurusan perubahan terancang dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Pontian


Citation

Salleho, Azrin and Mohd Hamzah, Mohd Izham and Aznon, Nor Emy and Amir, Ruslin (2017) Amalan pengurusan perubahan terancang dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Pontian. In: Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2017), 16-17 Jan. 2017, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (pp. 345-352).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap amalan pengurusan perubahan terancang dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Pontian. Perbezaan pada setiap pemboleh ubah berdasarkan faktor pengalaman guru dalam kerjaya perguruan, pencapaian akademik tertinggi dan jenis sekolah guru sedang berkhidmat turut dikaji. Kajian berbentuk kuantitatif secara tinjauan ini melibatkan 264 orang guru yang dipilih melalui persampelan rawak mudah berstrata yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Rendah Agama di Daerah Pontian, Johor. Borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskripif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 21.0. Keputusan dapatan kajian menunjukkan majoriti guru mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap amalan pengurusan perubahan terancang. Terdapat perbezaan yang signifikan faktor akademik tertinggi guru dan jenis sekolah guru sedang berkhidmat berdasarkan amalan pengurusan perubahan terancang. Kesimpulannya, kajian ini menyarankan agar guru dapat beradaptasi dan mengurus perubahan dengan berjaya jika mereka mampu menempuhi halangan-halangan perubahan secara efektif. Ini menunjukkan terdapatnya keserasian dan kesesuaian dalam kalangan guru untuk menerima penyesuaian perubahan dalam pendidikan dengan tujuan membantu guru dan organisasi sekolah mencapai matlamat dengan lebih berkesan dengan cara mengganti sistem, struktur, program atau amalan dengan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.


Download File

[img] Text
2-13.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (419kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Managing planned change practices; Complexity; Career adaptation; Education system; Chaos
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 02:23
Last Modified: 04 Jul 2018 02:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64255
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item