Simple Search:

Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar di universiti


Citation

Ab. Majid, Arfah and Talib, Ahmad Tarmizi and Darshan Singh, Sarjit Singh and Ahmad, Zaid (2016) Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar di universiti. In: Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 4 (COSNA 4), 13-15 Mac 2016, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (pp. 76-83).

Abstract / Synopsis

Walaupun kepelbagaian etnik, agama dan budaya merupakan satu kebanggaan, Malaysia tidak pernah sunyi daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Terkini isu pergaduhan etnik di Plaza Low Yat telah menimbulkan persoalan adakah hubungan antara etnik di Malaysia semakin rapuh? Jika benar, apakah mekanisme untuk memperbaiki hubungan ini? Menurut Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954), hubungan antara etnik dapat diperbaiki sekiranya sesuatu perhubungan itu memenuhi empat syarat iaitu persamaan status, persamaan matlamat, keizinan pihak berkuasa dan interaksi yang melibatkan kerjasama. Justeru, kajian ini adalah satu percubaan untuk mengaplikasikan Teori Perhubungan ini dalam aktiviti pelajar di universiti dengan memberikan tumpuan pada aspek kerjasama. Untuk tujuan ini, sebuah eksperimen telah dijalankan di kalangan pelajar yang mengambil kursus (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) TITAS dan Hubungan Etnik. Pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Setiap kumpulan eksperimen telah diberikan tugasan yang mempunyai sifat dan tahap kerjasama yang berbeza. Menurut hasil analisis ANOVA, tahap integrasi yang tinggi dan kerjasama antara pelajar yang berbilang etnik mempunyai kesan terhadap kualiti perhubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu perhubungan yang berkualiti dan baik itu perlu disertai dengan empat elemen yang dicadangkan dan sebaliknya akan berlaku jika sesuatu perhubungan itu tidak disertai empat elemen tersebut.


Download File

[img] PDF
COSNA-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (335kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Ethnic relations; Contact theory; Cooperation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 10:23
Last Modified: 04 Jul 2018 10:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64251
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item