Simple Search:

Faktor kemurungan pelajar tingkatan empat di daerah Tuaran Sabah : pencapaian akademik, penghargaan kendiri dan kecerdasan emosi


Citation

Dangku, Jinimy and Mad Baguri, Ezza and Abdullah, Maria Chong and Roslan, Samsilah (2017) Faktor kemurungan pelajar tingkatan empat di daerah Tuaran Sabah : pencapaian akademik, penghargaan kendiri dan kecerdasan emosi. In: Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-i 2017 (SPKS-i 2017), 17 Mei 2017, UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah. (pp. 264-272).

Abstract / Synopsis

Kajian ini membincangkan tahap kemurungan berdasarkan jantina pelajar, mengenal pasti hubungan antara faktor pencapaian akademik, penghargaan kendiri dan kecerdasan emosi dengan kemurungan pelajar serta menentukan peramal utama kepada tahap kemurungan pelajar. Responden kajian ini melibatkan seramai 200 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak di dua buah sekolah menengah daerah Tuaran, Sabah. Pencapaian akademik diukur menggunakan pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Alat ukur Beck Depression Inventory (BDI-II) telah digunakan untuk mengukur tahap kemurungan pelajar. Manakala Rosenberg Self Esteem Scale (RSES) digunakan untuk mengukur tahap penghargaan kendiri pelajar dan The Assessing Emotions Scale (AES) pula digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi pelajar. Data dianalisis menggunakan Statistic Package Social Sciences (SPSS) versi 22. Statistik deskriptif dan inferensi, korelasi Pearson, ujian-t dan regresi linear mudah digunakan dalam menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan empat di daerah Tuaran secara keseluruhannya mengalami kemurungan pada tahap yang rendah dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min tahap kemurungan pelajar berdasarkan jantina (t= -4.04, p>0.05). Analisis korelasi Pearson mendapati pemboleh ubah penghargaan kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan pelajar (r=-.25, p<0.05) dan menjadi faktor peramal kepada kemurungan pelajar. Kesimpulannya, aspek penghargaan diri adalah faktor utama yang perlu ditekankan dalam pendidikan anak-anak di rumah serta aktiviti-aktiviti di sekolah dengan memberikan pengiktirafan bagi setiap pencapaian yang para pelajar peroleh.


Download File

[img] PDF
SPKS-I_2017-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (702kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Depression; Academic achievement; Self-esteem; Emotional intelligence
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2018 10:19
Last Modified: 04 Jul 2018 10:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64248
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item