UPM Institutional Repository

Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar


Citation

Mashudi, Rohaidah and Rahmat, Hawa and Sanudin, Siti Rasyidah and Suliman, Sarinah and Musanif, Ahmad Mahmood (2017) Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17 (3). pp. 70-85. ISSN 1675-8021; ESSN: 2550-2131

Abstract

Peristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan siapa, bila, bagaimana, dan apa yang dapat menjelaskan segala keraguan dalam sesuatu pola komunikasi. Ini secara tidak langsung menyentuh kepada penelitian terhadap komponen dalam peraturan interaksi. Justeru, persoalan tentang etiket bahasa perlu diberi penekanan, kerana etiket bahasa memberi perhatian kepada cara-cara bahasa diungkapkan, berteraskan peraturan sosial dan budaya komuniti penuturnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan peraturan interaksi melalui pola komunikasi yang diujarkan oleh pemeran dalam peristiwa komunikatif. Tumpuan kajian adalah terhadap wawancara dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysiadengan memberi penelitian terhadap peraturan interaksi yang terdapat dalam peristiwa komunikatif wawancara akhbar. Analisis data dilakukan dengan mengikut pendekatan etnografi komunikasi, dengan memberi tumpuan hanya kepada satu komponen, iaitu komponen norma interaksi. Berdasarkan kajian peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar ini didapati peraturan interaksi melalui penggunaan bahasa lisan dalam suasana formal dapat menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dalam suatu hubungan sosial yang diseimbangkan dengan pemahaman terhadap latar budaya pemeran. Ini menjelaskan bahawa etiket bahasa amat dititiberatkan dalam mencapai matlamat suatu perbincangan yang interaktif. Kebijaksanaan pemeran dalam mematuhi peraturan interaksi yang menjadi nilai tradisi suatu komuniti dapat dimanfaatkan untuk memastikan komunikasi berkesan dicapai. Bahkan dalam suatu perbincangan interaktif kematangan setiap pemeran memberi hujah dapat dinilai daripada kemampuan pemeran memahami budaya yang melatari komuniti tertentu.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/14650

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/gema-2017-1703-05
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Communicative event; Communication patterns; Rules of interaction; Language etiquette; Social relationship
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jun 2018 01:00
Last Modified: 08 Jun 2018 01:00
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/gema-2017-1703-05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64052
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item