UPM Institutional Repository

Kesediaan Guru dan Pelajar Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat Selangor


Citation

Abdullah, Zainudin (2004) Kesediaan Guru dan Pelajar Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru dm pelajas sekolah menengah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap kesediaan mencakupi aspek dari segi pengetahuan tentang komputer, sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer dan kemahiran menggunakan komputer. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kesediaan menggunakan komputer antasa guru dan pelajar. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 356 orang guru dan 494 orang pelajar daripada 20 buah sekolah rnenengah di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan sahaja. Dua set instrumen soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik dan nilai kebolehpercayaan AEfa Cronbach mengikut komponen dalam setiap bahagian antara 0.70 hingga 0,96. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Sernentara statistik inferensi iaitu Ujian-t tidak bersandar digunakan bagi membmdingkan tahap kesediaan guru menggunakan komputer antara guru lelaki dengan perempuan dan antara guru dengan pelajar. Tahap kesediaan guru lelaki (min=3.72) lebih tinggi secara bererti (t=2.24, p<0.05) berbanding guru perempuan (min=3.56). Kajian ini juga mendapati secara keseluruhannya tahap kesediaan guru (min=3.67) menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi secara bererti (t=4.01, p<0.01) berbanding dengan tahap kesediaan pelajar (min=3.44) menggunakan komputer dalam pengajaran dm pembelajaran yang pada tahap sederhana. Tahap pengetahuan guru dan pelajar tentang program pemprosesan perkataan (Microsoft word) adalah pada tahap tinggi iaitu guru (mi~3.87) dan pelajar (min=3.93), sementara kemahiran mereka menggunakan program tersebut adalah sederhana sahaja iaitu guru (mi~3.47) dan pelajar (min=3.42). Kajian ini juga mendapati pengetahuan dan kemahiran guru dm pelajar tentang program komputer lain seperti microsoft excel, powerpoint, SPSS, microsoft access, microsoft outlook, microsoft frontpage dan programming adalah pada tahap rendah. Dari segi persepsi terhadap kesesuaian dan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian ini mendapati persepsi guru dari segi kesesuaian (min= 4.05) dan keberkesanan (min=3.68) adalah pada tahap tinggi. Begitu juga dari segi persepsi pelajar terhadap kesesuaian dan keberkesanan pengggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian ini juga mendapati persepsi pelajar adalah tahap tinggi iaitu dari segi kesesuaian (min=3.88) dan keberkesanan (min= 3.67). Ini menunjukkan bahawa guru dan pelajar mempunyai persepsi bahawa penggunaan komputer adalah sesuai dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Download File

[img] Text
FPP_2004_21.pdf

Download (867kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Computer-assisted instruction - Selangor.
Subject: Preparedness.
Call Number: FPP 2004 21
Chairman Supervisor: Professor Madya Naim Bin Haji Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 14 May 2010 03:14
Last Modified: 27 Oct 2023 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6401
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item