UPM Institutional Repository

Pengaruh visual dan verbal dalam iklan kempen terhadap emosi


Citation

Osman, Zubaidah and Adzharuddin, Nor Azura (2015) Pengaruh visual dan verbal dalam iklan kempen terhadap emosi. Journal of Education and Social Sciences, 2. pp. 51-55. ISSN 2289-9855

Abstract

Komunikasi visual merujuk kepada satu bentuk komunikasi melalui penglihatan dengan menggunakan imej visual seperti gambar dengan tujuan untuk menyampaikan, mempengaruhi seterusnya memberi kesan emosi terhadap khalayak penerima sementara komunikasi secara lisan pula adalah komunikasi di mana maklumat mengalir melalui medium lisan seperti kata-kata, ucapan, persembahan dan lain-lain. Teks juga dilihat sebagai visual, tetapi dengan merujuk kepada literator visualizer-verbalizer, teks bermaklumat diklasifikasi sebagai maklumat verbal/lisan sementara gambar-gambar dan filem sebagai maklumat visual. Fokus kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh elemen visual dan verbal terhadap emosi. Kertas kerja ini juga akan menyentuh berkaitan beberapa kajian lepas yang telah dijalankan terhadap pengaruh visual dan verbal keatas emosi dengan penekanan terhadap elemen dalam iklan. Elemen visual dan lisan dalam iklan bergabung bersama-sama di dalam medium komunikasi untuk membina sebuah wacana pengiklanan yang berkomunikasi kepada khalayak serta mempunyai kuasa untuk menggerakkan khalayak kepada pemikiran dan tindakan tertentu. Hampir semua bentuk komunikasi pemasaran bergantung kepada gabungan elemen lisan dan bukan lisan untuk menyampaikan mesej yang dikehendaki. Namun begitu, penyelidikan dalam bidang psikologi kognitif membuktikan bahawa memori mengingati gambar dengan lebih baik berbanding kata-kata. Gambar telah menjadi alat yang digunakan untuk mendapatkan reaksi emosi tertentu dan dirancang terhadap orang-orang yang melihatnya. Oleh itu, visual bukan sahaja sebagai medium penyampai yang sangat baik tetapi juga memberi kesan dengan cepat kepada kita dari segi psikologi dan fisiologi dimana elemen visual diproses 60.000 kali lebih cepat daripada teks, grafik dengan cepat memberi kesan kepada emosi kita, dan emosi memberi kesan kepada kita dalam membuat keputusan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Pengaruh visual dan verbal dalam iklan kempen terhadap emosi.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jesoc.com/issue/volume-2-october-2015/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Zes Rokman Resources
Keywords: Visual elements; Verbal/oral elements; Advertisement; Emotion
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jun 2018 00:29
Last Modified: 08 Jun 2018 00:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63982
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item