UPM Institutional Repository

Wanita menurut taklif: satu analisis terhadap watak Fatimah dalam cerpen “Perempuan Gusti” dan “Fatimah Kahwin” karya Hamzah Hussin women according to taklif: an analysis on the role of Fatimah in Hamzah Hussin’s short stories “Perempuan Gusti” and “Fatimah Kahwin”


Citation

Kamaruddin, Elizatul Nastaysah and Rani, Mohd. Zariat Abdul (2017) Wanita menurut taklif: satu analisis terhadap watak Fatimah dalam cerpen “Perempuan Gusti” dan “Fatimah Kahwin” karya Hamzah Hussin women according to taklif: an analysis on the role of Fatimah in Hamzah Hussin’s short stories “Perempuan Gusti” and “Fatimah Kahwin”. Manu: Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 25. 23 - 47. ISSN 1511-1989

Abstract

Artikel ini membangkitkan tentang kecenderungan cerpen-cerpen Hamzah Hussin terhadap persoalan wanita. Kecenderungan ini tidak pula disambut dengan kajian ilmiah yang meluas tentang wanita dalam cerpen-cerpen Hamzah Hussin. Kajian Membunga@Siti Meriam Yaacob (2005 & 2010) memberikan fokus terhadap wanita dalam karya-karya Hamzah Hussin, serta membandingkannya dengan karya-karya Keris Mas. Dengan menerapkan teori feminisme, kajian Membunga@Siti Meriam Yaacob antara lain memperakukan watak Fatimah dalam cerpen-cerpen Hamzah Hussin sebagai manifestasi kemodenan wanita Melayu. Dalam konteks penerapan teori feminisme dan hasilnya, Mohd Affandi Hassan (2012) antara lain membahaskan tentang kesesuaian teori Barat itu (feminisme) dalam pengkajian karya sastera Melayu. Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan Zulkarnain Mohamed (2013) merumuskan bahawa penerapan feminisme “tanpa berhati-hati dan penuh hemah” (istilah mereka sendiri) boleh menghasilkan kesimpulan yang mengelirukan tentang Islam dan budaya Melayu. Dengan kata lain, ketiga-tiga sarjana ini menuntut supaya pengkajian tentang wanita dalam karya-karya sastera Melayu mengguna pakai satu kerangka yang berteraskan Islam. Sejajar dengan tuntutan ini, artikel ini diusahakan bagi menganalisis dan seterusnya merumuskan tentang manifestasi watak Fatimah dalam dua cerpen Hamzah Hussin, iaitu “Perempuan Gusti” (1951) dan “Fatimah Kahwin” (1951) berdasarkan prinsip Taklif. Untuk tujuan itu, artikel ini menerapkan gagasan Persuratan Baru, iaitu satu kerangka analisis yang berteraskan Islam dan memanfaatkan Taklif (dalam ajaran Islam) sebagai prinsipnya. Dengan menerapkan gagasan Persuratan Baru, analisis ini merumuskan bahawa watak Fatimah dalam kedua-dua cerpen Hamzah Hussin yang dikaji, hadir sebagai manifestasi wanita Melayu yang menyanggah syariat Islam.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstract)
Wanita menurut taklif.pdf

Download (191kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Malaysia Sabah
Keywords: Hamzah Hussin; Women; New Letter; Short story
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 30 Nov 2018 04:05
Last Modified: 30 Nov 2018 04:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63699
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item