UPM Institutional Repository

Unsur eufemisme dalam novel Jalan Retak karya A. Samad Said


Citation

Mohd Khalidi, Siti Norashikin and Atan, Ernawita (2017) Unsur eufemisme dalam novel Jalan Retak karya A. Samad Said. Journal of Business and Social Development, 5 (1). 88 - 101. ISSN 2289-2915

Abstract

Artikel ini membincangkan hal tentang unsur-unsur eufemisme yang terdapat dalam novel remaja. Eufemisme ialah satu bentuk bahasa yang digunakan bagi menggantikan perkara-perkara yang dianggap kasar, tidak sopan, menghina atau menyinggung perasaan supaya bahasa yang digunakan lebih lembut, lebih baik dan sopan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks. Bahan kajian ini ialah Jalan Retak karya A. Samad Said. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur eufemisme, menganalisis maknanya dan membincangkan faktor-faktor unsur eufemisme yang digunakan dalam novel tersebut. Dalam kajian mengenai eufemisme terdapat unsur yang belum lagi menjadi kebiasaan dalam kalangan penutur bahasa dan belum mantap ertinya. Hal ini dalam keadaan demikian kerana eufemisme merupakan salah satu gaya bahasa dalam karya sastera yang memperkaya dan mengubah makna yang diberikan oleh kamus. Justeru, eufemisme merupakan satu bidang kajian yang mengkaji perihal tentang makna yang bukan sahaja perlu dianalisis pada peringkat semantik dan sintaktik tetapi juga pada peringkat pragmatik yang merupakan kesinambungan terhadap kajian tentang aspek makna yang lebih luas. Bukan itu sahaja, eufemisme merupakan tingkah laku linguistik yang melampaui batas-batas perasaan, iaitu apabila kesantunan sentiasa menjadi pilihan. Berdasarkan pernyataan masalah tersebut teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Logik Simbolik. Hasil daripada analisis ini, dapat disimpulkan bahawa terdapat 35 unsur eufemisme yang dijumpai dalam novel Jalan Retak. Faktor utama unsur eufemisme yang digunakan dalam novel ini pula disebabkan oleh keadaan dan status usia. Oleh itu, kajian tentang eufemisme wajar dilakukan kerana pengkajian atau pemerhatian tentang makna unsur eufemisme bukan sahaja sebagai kesantunan berbahasa tetapi juga sebagai asas kesejahteraan hidup dalam sesebuah masyarakat penuturnya.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Unsur eufemisme dalam Novel Jalan Retak Karya A. Samad Said.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Teen novels; Euphemism; Retread road; Symbolic logical theory; Situation; Age status
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 07 Nov 2018 08:55
Last Modified: 07 Nov 2018 08:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63638
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item