Simple Search:

Ujaran implisit dalam filem Melayu klasik Sri Mersing


Citation

Abdul Kadir, Fatin Rabiha and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2017) Ujaran implisit dalam filem Melayu klasik Sri Mersing. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 6. pp. 13-24. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract / Synopsis

Filem Melayu klasik merupakan khazanah filem negara yang menyimpan pelbagai elemen budaya dan penggunaan bahasa yang indah. Filem ini padat dengan penggunaan ujaran implisit dalam setiap kata, frasa dan ayat yang digunakan. Kajian ini mempunyai dua fokus utama iaitu mengenal pasti ujaran implisit yang terdapat dalam filem Melayu klasik ‘Sri Mersing’ dan menganalisis makna ujaran yang implisit menggunakan teori Relevans. Teori ini mengandungi tiga komponen penting iaitu konteks, kesan konteks dan kos proses. Kajian analisis teks dijalankan dengan menyata dan menghuraikan pengujaran implisit yang telah dikenal pasti serta mendedahkan peranan konteks, kesan konteks dan kos proses dalam merungkai makna ujaran yang implisit dalam filem tersebut. Hasil kajian mendapati lima petikan ujaran dalam filem ‘Sri Mersing’ yang mempunyai makna implisit. Elemen implisit tersebut mendedahkan keperluan memahami ujaran yang disampaikan dengan menggunakan konteks dan kesan konteks. Dapatan kajian memperlihatkan pemahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang kaya dengan ujaran dan makna implisit. Di samping itu, kajian ini juga telah menonjolkan keindahan dan keunikan bahasa yang terdapat dalam filem Melayu tradisional terutamanya sekitar 60-an.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Ujaran implisit dalam filem Melayu klasik Sri Mersing.pdf

Download (98kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Classic film; Theory of relevance; Implicit speech
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 07 Nov 2018 17:06
Last Modified: 01 Oct 2019 16:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63621
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item