Simple Search:

Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba


Citation

Mohd Yusob, Yusmizawati (2004) Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Chempereia manillana (BLUME) MERR merupakan spesies pokok kayu cepat tumbuh yang telah lama digunakan pucuknya sebagai sayur dan ulam tradisional oleh orang-orang Melayu. Spesies ini disyaki tidak sesuai kepada pesakit-pesakit darah tinggi kerana dikhuatiri akan menyebabkan pening kepala dan pada peringkat yang lebih teruk menyebabkan pitam. Kemungkinan ianya meningkatkan lagi tekanan darah pesakit darah tinggi. Tidak banyak kajian yang dijalankan ke atas Chempereia manillana selain dari kajian botani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan ekstrak kasar Chempereia manillana terhadap tekanan darah arnab, ujian antioksidan, ujian lethaliti dan kandungan komposisi pemakanan yang terdapat dalam daun cemperai. Kajian awal analisis proksimat dibandingkan dengan Sauropus androgynus , lpomoea reptans, Piper sarmentosum dan Centella asiatica. Pada awal kajian, daun muda dan tua Chempereia manillana telah diekstrak dengan menggunakan pelarut julat berkutub hingga tidak berkutub iaitu seperti metanol, klorofom dan heksana. Kesan ekstrak daun diuji terhadap tekanan darah, lethaliti anak udang dan antioksidan. Analisis proksimat meliputi serat dan mineral. Bagi kajian in vivo, 10 ekor arnab telah digunakan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa Chempereia manillana mengandungi serat sebanyak 27.56% bagi daun tua dan 15.21% bagi daun muda. Bagaimanapun kandungan karbohidrat ialah 24.46% bagi daun muda berbanding dengan 40.91% bagi daun tua. Kandungan mineral dan aktiviti antioksidan adalah rendah. Ujian lethaliti juga menunjukkan bahawa aktiviti ekstrak kasar Chempereia manillana tidak beracun. Tekanan darah juga menunjukkan kadar penurunan yang tinggi apabila dos yang tinggi digunakan. Penurunan tekanan darah juga menurut kekutuban pelarut yang digunakan. Kesimpulannya, daun cemperai selamat digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Dos selamat yang dicadangkan tidak melebihi 50 ppm. Penurunan tekanan darah berkadar terus dengan kuantiti dos yang digunakan dan berkadar songsang dengan masa tindakannya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPSK(M)_2004_11(1-24).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FPSK(M) 2004 11
Chairman Supervisor: Professor Dato' Abdul Salam Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 13 May 2010 01:15
Last Modified: 27 May 2013 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6303
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item