UPM Institutional Repository

Menerap unsur kelestarian dalam sektor pengangkutan darat di Malaysia


Citation

Abdul Rahman, Haliza (2017) Menerap unsur kelestarian dalam sektor pengangkutan darat di Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management, 16 (1). 75 - 83. ISSN 1511-7855

Abstract

Pengangkutan lestari merujuk kepada satu sistem pengangkutan yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan berupaya mengurangkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kemajuan dan kelestarian dalam pengangkutan darat sangat penting kerana ia berupaya meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat serta alam sekitar seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020. Selain itu, pelestarian sektor pengangkutan terutama pengangkutan awam yang efisyen dan lestari mampu mengurangkan gangguan daripada segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan serta kesesakan lalu lintas, Walaupun perkembangan sektor pengangkutan darat khususnya jalan raya banyak membantu manusia dalam kehidupan mereka seperti memudahkan manusia bergerak dari satu ke satu tempat, namun ia juga banyak meninggalkan implikasi negatif, antaranya kesesakan lalu lintas, kemalangan dan pencemaran udara. Justeru, perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi jalan raya perlu dinilai semula daripada segi kelestariannya agar benar-benar bermanfaat dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar dan masyarakat.


Download File

[img] Text
Menerap unsur kelestarian dalam sektor pengangkutan darat di Malaysia.pdf

Download (83kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Publisher: Environmental Management Society Malaysia
Keywords: Land transportation; Road; Negative impact; Sustainability; Society
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 09 Jan 2020 08:53
Last Modified: 09 Jan 2020 08:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62390
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item