UPM Institutional Repository

Kesilapan penggunaan Keigo (Sonkeigo-Kenjougo) bahasa Jepun


Citation

Wasik, Mohd Salleh and Mohd Zin, Zaid (2017) Kesilapan penggunaan Keigo (Sonkeigo-Kenjougo) bahasa Jepun. Jurnal Bahasa dan Budaya Jepun, 7. 66 - 81. ISSN 2180-2076

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan penggunaan Keigo (Sonkeigo-Kenjougo) bahasa Jepun dan meninjau penggunaan Keigo tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Jepun. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan 29 soalan ujian bertulis. Keperluan kajian ini adalah berdasarkan permasalahan yang timbul kepada penggunaan Keigo bahasa Jepun dalam kalangan pelajar asing. Ia juga mengambilkira kajian lampau yang telah dijalankan oleh Fenny Febrianty (2015). Melalui kajian ini, kesilapan pelajar dalam memilih Keigo sama ada ia berbentuk Sonkeigo atau Kenjougo dikenal pasti dan penggunaan Keigo dalam kalangan pelajar dapat dilihat bagi mengenal pasti punca masalah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menggunakan Keigo akibat kekeliruan dalam membezakan dan menggunakan ayat Sonkeigo-Kenjougo. Sebagai kesimpulannya, punca kelemahan pelajar dalam menguasai penggunaan Keigo bahasa Jepun dapat dikenal pasti bagi merancang strategi dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar bahasa Jepun.


Download File

[img]
Preview
Text
Kesilapan penggunaan Keigo (Sonkeigo-Kenjougo) bahasa Jepun.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
Keywords: Respect language; Sonkeigo; Kenjougo; Mistakes; Japanese language
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 May 2019 04:54
Last Modified: 23 May 2019 04:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62260
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item