Simple Search:

Persepsi Pengguna Terhadap Kualiti Reka Bentuk Barangan Elektrik Buatan Malaysia


Citation

Mohd Noor, Jamiluddin (2005) Persepsi Pengguna Terhadap Kualiti Reka Bentuk Barangan Elektrik Buatan Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan kefahaman tentang persepsi pengguna di negeri Melaka terhadap kualiti reka bentuk barangan elektrik buatan Malaysia dan pelaksanaan dasar pembangunan produk baru untuk meningkatkan keyakinan pengguna kepada sesuatu poduk itu. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap kualiti produk elektrik buatan Malaysia seperti yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa SlRlM QAS Sdn. Bhd. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan. Pertama, kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pengguna terhadap kualiti produk elektrik buatan Malaysia di Melaka. Kedua, kaedah kualitatif temu bual dengan informan untuk memahami pelaksanaan dasar pembangunan produk baru di dua buah syarikat pengeluar produk elektrik buatan Malaysia yang berjenama popular dan tidak popular dari persepsi pengguna yang diperolehi dari kaedah kuantitaif. Pada akhir kajian ini, obejktifnya ialah untuk mencadangkan satu model dasar pembangunan produk baru yang sesuai kepada pengeluar untuk meningkatkan kualiti produk elektrik buatan Malaysia. Penemuan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap produk elektrik buatan Malaysia dari jenama popular adalah berkualiti. Sebahagian besar responden mementingkan kualiti daripada segi fungsi, ketahanan dan ciri-ciri keselamatan yang ada pada sesuatu produk elektrik itu. Penemuan kajian juga mendapati produk elektrik buatan Malaysia menghadapi krisis kualiti kerana dasar pembangunan produk baru tidak dipraktikkan oleh pengeluar produk elektrik buatan Malaysia yang berjenama tidak popular. Ini telah memberi kesan terhadap kualiti produk keluaran mereka. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa dengan mengamalkan dasar pembangunan produk baru seperti yang diamalkan oleh pengeluar produk elektrik yang popular telah dapat meningkatkan kualiti reka bentuk produk elektrik dan seterusnya dapat memenuhi kepuasan pengguna. Oleh kerana begitu besar kesan pelaksanaan dasar pembangunan produk baru terhadap kualiti reka bentuk dan persepsi pengguna ke atas produk elektrik itu, maka adalah dicadangkan supaya pengeluar produk elektrik yang tidak popular mengamalkan model dasar pembangunan produk baru di syarikat mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
FRSB_2005_3(1-24).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Public opinion - Electric - Malaysia
Call Number: FRSB 2005 3
Chairman Supervisor: Badrul Azmi Bin Abdul Holed
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 12 May 2010 16:01
Last Modified: 27 May 2013 15:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6179
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item