UPM Institutional Repository

Kota Kuala Kedah: gelanggang harimau menerkam


Citation

Ahmad, Abdul Mua'ti @ Zamri (2017) Kota Kuala Kedah: gelanggang harimau menerkam. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 9789673446902

Abstract

Buku ini memuatkan perbincangan mengenai sejarah Kota Kuala Kedah, kota pertahanan yang dibina 400 tahun dahulu. Ia juga memaparkan maklumat tentang senjata yang digunakan dalam pertempuran mempertahankan kota tersebut hampir 200 tahun dahulu. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan selama hampir dua tahun memfokus kepada Perang Musuh Bisik 1821-1842 dan penggunaan senjata api dalam sejarah Kedah. Bahan yang disajikan di dalam buku ini dikumpul melalui pembacaan bahan rujukan bercetak dan bahan digital dalam talian, melawat dan membuat pemerhatian di tempattempat bersejarah, melawat ke muzium-muzium di Kedah dan Perlis, menemu bual tukang bedil istinggar yang masih ada serta menemu bual kolektor dan pedagang senjata api antik. Diharapkan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan bagi pelajar dan pengkaji sejarah, penggemar senjata api tradisional dan juga generasi akan datang untuk mengenali sejarah perjuangan orang Melayu, khususnya di negeri Kedah. Dengan ini dapatlah generasi akan datang memahami kehebatan dan semangat keperwiraan generasi silam. Ini sedikit sebanyak akan berguna dalam membentuk dan memperteguhkan jati diri anak Melayu.


Download File

[img] Text
9789673446902.pdf

Download (155kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Kuala Kedah; Perang Musuh Bisik 1821-1842; History; Weapons; Malaysia
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 31 May 2022 20:26
Last Modified: 31 May 2022 20:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61358
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item