UPM Institutional Repository

Keris Melayu semenanjung: rupa bentuk keris mengikut negeri


Citation

Ahmad, Abdul Mua'ti @ Zamri (2017) Keris Melayu semenanjung: rupa bentuk keris mengikut negeri. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 978967344746

Abstract

Buku ini memaparkan perbincangan mengenai keris yang dihasilkan dan diguna pakai di negeri atau wilayah yang dihuni oleh orang Melayu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Terdapat sedikit sebanyak perbezaan pada keris Melayu Semenanjung berdasarkan wilayah atau negeri keris tersebut dihasilkan. Hakikatnya perbezaan lebih ketara pada pakaian keris, iaitu hulu dan sarung. Meskipun terdapat sedikit perbezaan pada bilah, namun oleh kerana bilah keris adalah rahsia pemilik dan terlalu peribadi sifatnya serta duduknya pula di dalam sarung keris, maka kupasan dalam buku ini lebih bertumpu kepada perbezaan pakaian keris mengikut negeri. Perlu diingat bahawa tidak menjadi tegahan untuk penduduk sesuatu negeri memiliki atau mengguna pakai keris daripada negeri lain. Namun demikian, untuk tujuan melihat dan memahami variasi keris Melayu Semenanjung maka perbincangan dibuat memfokuskan perbezaan reka bentuk keris berdasarkan negeri.


Download File

[img] Text
978967344746.pdf

Download (222kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Keris; Malay; Peninsula; Malaysia
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 31 May 2022 20:25
Last Modified: 31 May 2022 20:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61357
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item