UPM Institutional Repository

Corak tingkah laku pembangunan potensi diri belia dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia


Citation

Yaccob, Yasmin and Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin (2017) Corak tingkah laku pembangunan potensi diri belia dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 2 (2). pp. 9-17. ISSN 2504 - 8562

Abstract

Pada peringkat umur belia, mereka secara psikologi mempunyai kekuatan diri masing-masing yang mana kekuatan tersebut akan terserlah pada akhirnya dan digarap sebagai komponen yang menyumbang kepada potensi diri. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) merupakan program pembangunan diri yang menyediakan diri belia menghadapi cabaran ke arah mencapai potensi diri alam remaja dan dewasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai konstruk psikologi sosial iaitu sikap sebagai elemen pembangunan potensi diri belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) berdasarkan Teori Tingkah Laku Berencana sebagai model kajian. Seterusnya, mengadaptasi keperluan psikologi sosial yang berlandaskan kepada teori dan model pembangunan potensi belia sejajar dengan keperluan belia sekarang. Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan telah menyokong dapatan kajian ini. Teori Tingkah Laku Berencana (TPB) telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai kajian bagi meramalkan tingkah laku (Connere, Jones & Berg, 2010) dalam populasi termasuk di kalangan belia (Baker & White, 2010). Anteseden tingkah laku berencana kajian ini memfokuskan kepada pembentuan sikap dalam tingkah laku belia. Kajian ini mempunyai implikasi yang penting kepada teoritikal, praktikal dan dasarke arah program pembangunan potensi diri belia.


Download File

[img] Text
Corak tingkah laku pembangunan potensi diri belia dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia.pdf

Download (16kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v2i2.39
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Behaviour; Youth; Social psychology; Attitude; Award programme
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 04 Mar 2022 08:09
Last Modified: 04 Mar 2022 08:09
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v2i2.39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61233
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item