UPM Institutional Repository

Kepelbagaian penggunaan lafaz tanah dalam al-Quran tentang penciptaan manusia


Citation

Abdullah, Nurul Husna and Othman, Mohd Sukki (2017) Kepelbagaian penggunaan lafaz tanah dalam al-Quran tentang penciptaan manusia. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 50-54. ISSN 2600-755X

Abstract

Tanah merupakan komponen yang banyak memperihalkan tentang ciptaan manusia. Terdapat 18 ayat yang mengandungi lafaz tanah yang menceritakan penciptaan manusia daripada tanah dengan menggunakan lafaz berbeza. Bertitik tolak daripada persoalan ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti lafaẓ yang membawa maksud tanah tentang penciptaan manusia. Kajian ini menggunakan analisis semantik al-Quran menurut perspektif Toshihiko Izutsu dan panduan I’jāz al-Quran daripada Dr. Ṣalāḥ ‘Abd al-Fattāḥ al-Khālidī dan Dr. Zaghlul al-Najjar. Melalui pendekatan Toshihiko Izutsu, pengkaji mencari makna dasar dan makna kaitan. Seterusnya hikmah penggunaan lafaz tanah dari sudut I’jāz daripada Dr. Ṣalāḥ dan Dr. Zaghlul diterokai . Hasil analisis menemui lima lafaz tanah yang menceritakan asal usul penciptaan manusia iaitu; al-arḍ, al-turāb, ḥamā‟, ṣalṣāl dan al-ṭīn. Hasil analisis dapat disimpulkan bahawa lafaz al-arḍ; digunakan untuk menunjukkan kekuasaan Allah dalam mencipta manusia. Lafaz turāb, iaitu makna hakiki merujuk kepada penciptaan Nabi Adam A.S manakala makna majazi merujuk pembentukan air mani untuk penciptaan manusia. Lafaz ṭīn, menceritakan tiga situasi iaitu; Pertama, menunjukkan jenis tanah dan peringkat dalam penciptaan. Kedua, sifat tanah liat untuk menguji keimanan kepada Allah. Ketiga, perbandingan antara dua kelompok untuk melihat keyakinan terhadap ketetapan Allah. Lafaz ṣalṣāl dan ḥamā‟ menerangkan peringkat dalam penciptaan manusia. Kesimpulannya, setiap lafaz tanah memainkan peranan yang penting dalam konteks ayat yang digunakan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Kepelbagaian penggunaan lafaz tanah dalam al-Quran tentang penciptaan manusia.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Soil; The creation of human; Toshihiko Izutsu's Koran semantic
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60564
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item