Simple Search:

Faktor pendorong penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia


Citation

Asbullah, Nuradibah and Abdul Halim, Hazlina and Mansor, Nor Shahila (2017) Faktor pendorong penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 29-33. ISSN 2600-755X

Abstract / Synopsis

Fenomena penukaran kod di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang asing sehingga menjadi kebiasaan masyarakat dan komuniti dan menjadikan hampir seluruh penutur di Malaysia menukar kod dari satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dengan mudah. Kajian ini meninjau sama ada penukaran kod juga ialah fenomena yang sama untuk masyarakat Perancis. Oleh yang demikiann, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pendorong kepada penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia dengan berlandaskan teori penukaran kod oleh Gumperz (1982). Seramai 5 orang pelajar berbangsa Perancis yang berusia di antara 21-24 tahun telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini mengambil masa selama 12 minggu, dan instrumen yang digunakan ialah rakaman audio perbualan seharian responden. Perbualan responden ini telah dirakam, ditranskripsi dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mendorong penukaran kod adalah kurang sumber rujukan, untuk memudahkan pemahaman, perbuatan yang dilakukan secara spontan, persamaan ejaan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis serta dorongan penutur lain.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Faktor pendorong penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: Code switching; Functions; Switching factors; Mobility students; French
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60562
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item