UPM Institutional Repository

Motivasi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran bahasa Perancis


Citation

Saharudin, Nur Sharydatul Elyza and Mustapha, Nik Farhan and Abdul Halim, Hazlina and Bolong, Jusang (2017) Motivasi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran bahasa Perancis. Jurnal Kemanusiaan, 15 (1-S). pp. 13-17. ISSN 2600-755X

Abstract

Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam aktiviti pembelajaran bahasa Perancis terhadap motivasi dalam kalangan pelajar universiti. Subjek kajian berjumlah 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai bidang pengkhususan di Universiti Putra Malaysia, yang mempelajari bahasa Perancis sebagai mata pelajaran elektif di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 19 (SPSS 19). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar daripada kedua-dua kumpulan kajian adalah sederhana dan tiada perbezaan motivasi yang signifikan di antara kumpulan eksperimen yang menggunakan ICT dan kumpulan kawalan yang menggunakan peralatan dan sumber konvensional. Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran tidak memberi kesan atau anjakan lebih positif ke atas motivasi pelajar dan berkemungkinan terdapat faktor atau sumber lain yang mempengaruhi motivasi pelajar selain daripada penggunaaan teknologi dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Motivasi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran bahasa Perancis.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on foreign language studies
Keywords: ICT; Motivation; Foreign language learning; French
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:38
Last Modified: 07 Jun 2018 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60559
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item