UPM Institutional Repository

Hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia


Citation

Shahruddin, Nor Jum'awaton and Mansor, Mariani and Madon, Zainal and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah (2017) Hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 31 (2). pp. 57-67. ISSN 2289-8174

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Kajian ini menggunakan tiga soal selidik iaitu Inventori Perapatan Ibu Bapa-anak dan Rakan Sebaya (Armsden & Greenberg 1987), Skala Estim Diri Rosenberg (Rosenberg, 1965) dan Skala Ringkas Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual (Hendrick & Reich, 2006). Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai Pekali Alpha Cronbach antara 0.82 hingga 0.90. Dapatan kajian menunjukkan tahap perapatan ibu bapa dengan remaja di tahap sederhana, tahap estim diri yang tinggi dan sikap tingkah laku seksual berada di tahap yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan signifikan antara perapatan ibu bapa anak (r=-.220, p<.05) dan estim diri (r= .708, p<.05) dengan sikap tingkah laku seksual. Kajian ini juga menganalisis peranan estim diri sebagai pemboleh ubah pengantara ke atas perapatan ibu bapa-anak dan estim diri ke atas sikap tingkah laku seksual. Kesimpulannya, perapatan ibu bapa-anak dan estim diri mempunyai hubungan dengan sikap tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini membuktikan ibu bapa perlu memaksimumkan waktu bersama anak bagi memastikan remaja tidak berasa tersisih dalam keluarga. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku seksual di kalangan remaja masa kini.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/259

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: School of Psychology and Human Development, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia with Malaysian Psychological Association
Keywords: Parent-child attachment; Self esteem; Attitude toward sexual behaviour
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:39
Last Modified: 07 Jun 2018 08:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60552
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item