Simple Search:

Menelusuri daya tahan wanita Islam generasi awal bagi mencapai keunggulan melalui analisis wacana hadis nabawi


Citation

Abdullah, Ariza and Abdul Jabar, Mohd Azidan and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah (2017) Menelusuri daya tahan wanita Islam generasi awal bagi mencapai keunggulan melalui analisis wacana hadis nabawi. Sains Humanika, 9 (1-5). pp. 19-27. ISSN 2289-6996

Abstract / Synopsis

Wanita merupakan tenaga penggerak utama masyarakat di sisi kaum lelaki. Jati diri wanita amat tinggi, beliau mampu melahirkan anak generasi kesinambungan mereka kuat menghadapi segala dugaan. Sekiranya mereka lemah, maka lemah dan mundurlah masyarakat. Umat Islam,tidak kira sebagai kaum majoriti atau minoriti di mana sahaja mereka berada sepatutnya bangkit menggungguli dalam banyak perkara sebagaimana generasi awal Islam mereka telah melahirkan tamadun yang maju sehingga berabad. Penulisan mengenai generasi awal ini banyak disebut dalam buku-buku sirah dan sejarah seperti tulisan Mohammad Rashid Ridha mengenai isteri Nabi berbentuk autobiografi dan terjemahan, melebihi ribuan judul berbentuk kisah naratif. Kajian ini menelusuri semula proses simulasi sosial yang berlaku pada zaman itu, menerusi analisis kandungan dan analisis wacana teks hadis nabawi sebagaimana yang dicadangkan oleh para penganalisis sosial bahasa,. Maklumat tersirat di dalam teks hadis di sebalik peristiwa yang berlaku ke atas mereka sendiri dan para sahabat sezaman berjaya menggarap kecemerlangan dan daya tahan wanita tersebut.. Metodologi kajian ini berdasarkan analisis kandungan hadis dan analisis wacana dari dimensi intertekstualiti amalan wacana Fairclough (2003, 1992, 1989).Teks hadis nabawi yang terpilih dianalisis dan dikaitkan dengan praktis sosial di samping dihubungjalin untuk merumuskan asas yang patut diteladani oleh wanita kini, terutamanya para muslimah.Ini kerana pembangunan modal insan dan pembinaan jatidiri wanita menjadi tonggak yang penting dalam pembangunan negara.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Menelusuri daya tahan wanita Islam generasi awal bagi mencapai keunggulan melalui analisis wacana hadis nabawi.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.11113/sh.v9n1-5.1172
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special issue on impact of engineering, TVET and social science on the economic competitiveness of Asia Pacific
Keywords: Female identity; First generation; Prophet's wives; Analysis of discourse practice dimension; Intertextuality; Social practice
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Jun 2018 08:35
Last Modified: 07 Jun 2018 08:35
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.11113/sh.v9n1-5.1172
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60550
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item