UPM Institutional Repository

Peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak


Citation

Alan, Ribka (2015) Peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Peningkatan kualiti hidup bagi masyarakat luar bandar merupakan satu agenda utama di dalam perancangan pembangunan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, penyediaan dan pembangunan infrastruktur adalah perlu untuk menyediakan saluran komunikasi bagi masyarakat luar bandar. Bagi mengkaji hubungan penggunaan saluran komunikasi ke arah peningkatan kualiti hidup di kalangan masyarakat luar bandar, satu kajian telah dilakukan ke atas kumpulan sasaran masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik dan temubual bersemuka dengan responden. Seramai 356 orang responden yang dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini dan data dianalisis menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 19.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif, pekali korelasi separa dan regresi pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan responden meliputi lelaki (56.7%), etnik Kenyah (88.5%), umur lebih daripada 40 tahun (71.4%), tahap pendidikan SPM dan ke bawah (91.6%), mengusahakan penanaman kelapa sawit (60.1%) dan padi bukit (32.0%). Mod penggunaan saluran komunikasi adalah dikategorikan seperti berikut: telefon bimbit dan komunikasi antara perseorangan (sering) manakala bagi radio (jarang) dan televisyen (jarang sekali). Penggunaan telefon bimbit paling kerap digunakan di antara saluran komunikasi dari empat hingga enam kali seminggu bagi tujuan menelefon (35.1%), SMS (19.9%) dan lain-lain maklumat 9.0%. Bagi televisyen, jenis saluran TV yang paling digemari ialah Media Prima (24.4%) bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain maklumat (47.2%) dan maklumat kerajaan (44.2%). Berdasarkan kualiti hidup, sebanyak 63.2% responden berpendapatan kurang daripada RM1,500.00. Namun demikian, tahap kualiti kesihatan, pendidikan, kehidupan keluarga, persekitaran pekerjaan, perumahan, alam sekitar dan keselamatan awam di kawasan kajian masih dikategorikan sebagai memuaskan. Kualiti bagi pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi dan penyertaan sosial adalah pada tahap sederhana. Peranan komuniti dalam kajian memainkan peranan yang sangat signifikan dalam penggunaan saluran komunikasi untuk mempengaruhi kualiti hidup di kawasan luar bandar. Hasil kajian analisis korelasi separa menunjukkan hubungan signifikan di antara penggunaan saluran komunikasi (komunikasi antara perseorangan, radio, televisyen dan telefon bimbit) dengan kualiti hidup (penyertaan sosial, kehidupan keluarga,keselamatan awam dan pendapatan dan pengagihan) masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Hasil kajian analisis regresi menunjukkan kekerapan komunikasi antara perseorangan merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti pengangkutan dan perhubungan, penyertaan sosial dan keselamatan awam di kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Sementara itu, penggunaan radio merupakan satu faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, perumahan dan alam sekitar. Bagi penggunaan saluran televisyen, ia merupakan faktor menyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, keselamatan awam, persekitaran pekerjaan, kehidupan keluarga, pendidikan dan pendapatan dan pengagihan. Telefon bimbit menyumbang dalam peningkatan kualiti kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi. Kesimpulannya, penggunaan saluran komunikasi boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar sekiranya perkhidmatan tersebut dinaiktaraf.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 74IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Quality of life - Sarawak
Subject: Social change
Call Number: FBMK 2015 74
Chairman Supervisor: Profesor Md. Salleh Hj. Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Apr 2018 04:06
Last Modified: 26 Apr 2018 04:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60394
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item