UPM Institutional Repository

Cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Mohammad


Citation

Ibrahim, Mohd Daud (2015) Cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Mohammad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meneliti konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi Darma Muhammad. Hal ini demikian kerana, gambaran cinta manusia kepada Allah S.W.T. meliputi segala-galanya termasuklah penciptaannya dalam karya sastera. Walau demikian, kehadiran penyair-penyair Islamik yang cukup disegani seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah dan Darma Muhammad membawa pengolahan yang berbagai berhubung sesebuah karya yang dihasilkan. Namun, sehinggan kini kajian yang menyeluruh tentang puisi-puisi Darma Mohammad masih kurang berbanding penyair-penyair Islamik yang lain seperti Suhaimi Haji Muhammad, Ahmad Kamal Abdullah, Nahmar Jamil dan beberapa orang lagi. Justeru, timbul persoalan mengapa puisi-puisi Darma Mohammad masih tidak mendapat perhatian yang menyeluruh dalam sesebuah kajian. Sedangkan dari sudut kepenyairannya, beliau telah diperakui cukup prolifik menghasilkan puisi-puisi sedemikian. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menganalisis cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Selain itu, menganalisis konsep cinta kepada Ilahi dalam puisi-puisi Darma Mohammad. Tumpuan perbincangan cinta kepada Ilahi yang diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini merangkumi tiga konsep yang utama iaitu cinta kepada Ilahi meliputi konsep kekasih dan perindu (mahbubasyik),cinta kepada Ilahi meliputi konsep mendekati Allah melalui jalan-jalan Sufi dan kerohanian serta cinta kepada Ilahi meliputi konsep kehambaan (ubudiyyah). Sebanyak empat buah kumpulan puisi karya Darma Mohammad telah dianalisis. Antara kumpulan puisi yang dianalisis iaitu kumpulan puisi Gernyut Nafas (1989),kumpulan puisi Janjang Iktikaf (2003), kumpulan puisi Nafas Dari Lembah Atar (2009) dan kumpulan Puisi Ufuk Fikir (2012). Dapatan kajian mendapati bahawa, beberapa buah puisi Darma Mohammad jelas memaparkan mengenai beberapa konsep cinta kepada Ilahi yang dibawakan dalam kajian. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji menggunakan keadah penerapan teoritikal Konseptual Kata Kunci bagi melihat kata kunci dan ungkapan-ungkapan berunsurkan cinta kepada Ilahi digunakan oleh penyair dalam usahanya menunjukkan perasaan cintanya kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, kajian ini diharap mampu memberikan lagi satu imput yang mendalam terhadap karya-karya penulis puisi tempatan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 60IR.pdf

Download (816kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islamic poetry, Malay
Subject: Religious poetry
Call Number: FBMK 2015 60
Chairman Supervisor: Profesor Madya Samsina Abdul Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Apr 2018 04:21
Last Modified: 26 Apr 2018 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60359
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item