Simple Search:

Salasilah keturunan Melayu/Jawi dalam manuskrip Arab 1909


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran and Wan Sulong, Wan Muhammad and Ismail, Muhd Zulkifli and Alias, Norhafiza (2015) Salasilah keturunan Melayu/Jawi dalam manuskrip Arab 1909. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 739-753).

Abstract / Synopsis

Budaya bangsa Arab dan Melayu sangat mementingkan penulisan nasab keturunan dalam kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam surat perjanjian. Walau bagaimanapun amat sukar ditemui manuskrip Arab yang mengandungi salasilah keturunan Melayu sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung, apatah lagi kajian mengenainya. Penemuan dua warkah manuskrip (tulisan tangan) Arab yang kedua-duanya bertarikh 1909 (1327 H); yang berkaitan perjanjian pewakafan tanah milik orang Melayu di Mekah telah mendorong kajian ini dilakukan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan kekeluargaan dan salasilah semua nama berketurunan Melayu dalam surat perjanjian tersebut sama ada yang dinisbahkan kepada Juwanah al-Jawi (Melayu dari Jawa), Malakah al-Jawi (Melayu dari Melaka) dan Kelantan al-Jawi (Melayu dari Kelantan). Bagi mencapai tujuan tersebut aspek kosa kota Arab turut dianalisis. Kajian ini dilakukan berdasarkan analisis teks dan konteks dalam pendekatan filologi terhadap kedua-dua warkah perjanjian tersebut. Teks tersebut telah di transliterasi, diterjemahkan dan ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu dengan bahasa yang mudah difahami. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 16 nama keturunan Melayu (al-Jawi) yang disebutkan dalam warkah perjanjian tersebut lahir daripada empat keturunan yang berbeza tetapi dua daripadanya telah bercantum sehingga generasi ke-5. Walaupun warkah perjanjian tersebut berkaitan dengan pewakafan hartanah, namun ketelitian penulisannya membolehkan sebuah keluarga besar Melayu dicantumkan dalam satu salasilah keturunan. Daripada generasi ke-5 ini pula dapatlah diketahui jurai keturunannya sehingga generasi ke-9 seperti yang ada sekarang. Oleh sebab manuskrip ini ditulis tangan dalam bahasa Arab, maka penguasaan bahasa tersebut sangat penting untuk memastikan transliterasi, terjemahan dan tafsiran yang dibuat bertepatan dengan maksud asal teks.


Download File

[img] PDF
44-33.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (642kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Genealogy; Malay; Arabic; Jawi; Manuscript
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 09:29
Last Modified: 21 May 2018 09:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60317
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item