UPM Institutional Repository

Plot penceritaan dalam shoujo manga


Citation

Mamat, Roslina and Abdul Halim, Hazlina and Mansor, Nor Shahila and Abd Rahim, Normaliza (2015) Plot penceritaan dalam shoujo manga. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 730-738).

Abstract

Shojo manga adalah genre komik Jepun yang mensasarkan gadis remaja yang berumur dari tujuh tahun sehingga dua puluh tahun sebagai pembaca utama. Shojo yang bermaksud ‘gadis kecil’ dan manga bermaksud ‘komik’ mempunyai variasi dari segi naratif dan stail grafik, berlatar belakangkan sejarah sehingga kepada sains fiksyen. Kebiasaannya shojo manga dipenuhi dengan unsur romantik, humor, konflik dan emosi dalam perhubungan cinta antara perempuan dan lelaki. Definisi shojo manga bukan terhadap cerita atau lakaran dalam sesuatu komik tetapi adalah berdasarkan sasaran demografik pembaca. Antara shojo manga yang popular adalah Kaichowa maid sama, Sailor Moon, Boys over flower dan Ouran High School Host Club. Shojo manga yang paling terkenal di Amerika Syarikat adalah Sailor Moon (1992-1997) dan Fruits Basket (1999-2006). Shojo manga dipopularkan oleh Ozuka Tesamu selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu komik yang bertajuk Princess Knight. Pertengahan tahun 1960-an, barulah muncul penulis wanita dalam genre ini iaitu Nishitani Yoshiko yang menulis mengenai kisah cinta dalam kalangan gadis Jepun kontemporari. Kajian ini meneliti teks yang terdapat dalam shojo manga terjemahan dan akan cuba menemukan ciri-ciri yang terdapat dalam shojo manga, seterusnya merumuskan faktor yang menjadikan shojo manga berjaya dalam dunia global.


Download File

[img] Text
44-32.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (313kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Shojo manga; Comic; Japan; Teenagers; Woman
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:29
Last Modified: 21 May 2018 01:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60316
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item