UPM Institutional Repository

Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu


Citation

Zakaria, Mohd Hazri and Mezah, Che Radiah and Ismail, Muhd Zulkifli (2015) Penggunaan kata pinjaman Arab dalam puisi Melayu. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 694-704).

Abstract

Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek penggunaan kata pinjaman Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah antologi puisi Sumur Mahmudah, Mawaddah dan Anugerah karya Ony Latifah Osman, Sahara Jais dan Rosnah Radin. Melalui kajian ini, kita dapat mengenalpasti akan pemilihan kata pinjaman Arab untuk menyampaikan maksud tertentu dalam sesebuah puisi. Rasional terhadap pemilihan kumpulan puisi penyair wanita yang dipilih adalah kerana kebanyakan puisi yang terdapat di dalamnya mengandungi kata pinjaman Arab yang bertepatan dengan tujuan kajian ini dilakukan. Malah, jiwa para penyair wanita yang halus dan penuh dengan nilai-nilai kewanitaan timur menjadikan mereka begitu teliti dalam mengolah bahasa yang mempunyai gaya kreativiti serta mampu meninggalkan kesan estetik kepada pembaca. Melalui kajian ini penggemar sastera dapat meluaskan lagi pandangan mereka serta menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada tentang penggunaan kata pinjaman Arab dalam penulisan karya sastera terutamanya penulisan puisi. Dalam kajian yang dilakukan ini, terdapat beberapa kata pinjaman Arab yang digunakan oleh penyair dalam puisi mereka tidak menepati maksud asalnya dan boleh membawa kepada kekeliruan bagi khalayak pembaca.Justeru penggunaan kata pinjaman Arab khususnya dalam puisi perlu dilakukan dengan teliti. Diharapkan agar kajian ini membantu meningkatkan lagi kualiti dan nilai estetika sesebuah puisi yang dihasilkan terutamanya puisi yang mengandungi kata pinjaman Arab serta menjadi salah satu bahan kesusasteraan yang boleh diperluaskan.


Download File

[img] Text
44-29.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (573kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Arabic loan words; Malay poetry
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:28
Last Modified: 21 May 2018 01:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60308
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item