UPM Institutional Repository

Penggunaan kata nama infinitif dalam bahasa Arab dan tahap penguasaan pelajar


Citation

Mohamad, Ab Halim and Wan Sulong, Wan Muhammad and Hassan @ Hussin, Omrah (2015) Penggunaan kata nama infinitif dalam bahasa Arab dan tahap penguasaan pelajar. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 686-693).

Abstract

Kata nama infinitif (masdar) merupakan kata nama yang paling banyak penggunaannya dalam teks penulisan dan agak rumit berbanding kata nama lain seperti kata nama agentis (ism fa‘il), kata nama patientis (ism maf‘ul), kata nama tempat (ism makan), kata nama masa (ism zaman) kata bandingan (ism tafdhil), kata nama alat (ism alat) dan lain-lain. Dalam konteks pengajaran bahasa, pembentukan kata nama infinitif perlu diberi perhatian, ini kerana penggunaannya yang meluas dalam pelbagai konteks ayat. Kajian ini bertujuan untuk menghurai penggunaan kata nama infinitif (masdar) dan konteks ayat yang pelbagai. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keupayaan pelajar dalam membentuk kata infinitif tersebut. Teks kajian yang digunakan untuk mencapai objektif pertama ialah tiga buah teks bacaan daripada buku (5) Arabiyyah li al-Nasyi’in. Manakala responden kajian untuk mencapai objektif kedua ialah pelajar semester pertama dan akhir jurusan bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk diskripsi dan kualitatif. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa kata nama infinitif mempunyai kadar penyebaran dan penggunaan yang meluas dalam teks bacaan, tetapi kabanyakan pelajar menghadapi masalah untuk membentuk kata nama infinitif. Ikuran daripada itu mereka tidak dapat menghasil dan mempelbagai ayat bahasa Arab berdasarkan nahu Arab yang betul.


Download File

[img] Text
44-28.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (557kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Morphology; Derivation; Infinitive; Teaching; Learning
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:28
Last Modified: 21 May 2018 01:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60304
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item