UPM Institutional Repository

Koheren dan kohesi wacana naratif Nabi Adam dan ashab Al-A'raf dalam surah Al-A'raf


Citation

Ismail, Edaham and Othman, Mohd Sukki and Mustapha, Nik Farhan and Ismail, Muhd Zulkifli (2015) Koheren dan kohesi wacana naratif Nabi Adam dan ashab Al-A'raf dalam surah Al-A'raf. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 647-664).

Abstract

Kohesi dan koheren merupakan dua kriteria penting untuk mengangkat penulisan sesebuah cerita menjadi sebuah wacana dan teks naratif yang baik, yang mudah difahami, dan boleh mempengaruhi kognitif serta tingkahlaku seseorang pembaca. Kajian yang menggabungkan kohesi dan koheren menerusi wacana naratif kurang mendapat perhatian penyelidik terdahulu, lebih-lebih lagi dalam teks al-Quran. Al-Quran mengandungi 114 surah, antaranya surah al-A`raf yang mengandungi 206 ayat yang memaparkan pelbagai kisah dalam bentuk wacana naratif. Gabungan beberapa kisah yang terdapat dalam satu surah merupakan salah satu bentuk gaya wacana naratif yang dipaparkan dalam al-Quran. Oleh yang demekian, kajian ini mengambil inisiatif untuk membincangkan kohesi dan koheren dalam struktur dan bahagian kisah Nabi Adam dan Ashab al-A`raf serta menghuraikan perkaitan antara setiap bahagian menggunakan teori kohesi dan koheren. Teori Kohesi Halliday (1976) digunakan untuk menentukan alat kohesi secara eksplisit, manakala Rhetorical Structure Theory Mann dan Thompson (1987) digunakan untuk menentukan kekoherenan secara implisit. Dapatan kajian membuktikan perkaitan antara ayat, antara episod dan antara bahagian dihubungkan secara koheren dan juga juga kohesi.


Download File

[img] Text
44-26.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Cohesion; Coherent; Story; Narrative discourse; Chapter Al-A'raf
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:28
Last Modified: 21 May 2018 01:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60299
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item