UPM Institutional Repository

Analisis kesalahan penggunaan kata sendi nama "ni" dan "de" bahasa Jepun dalam kalangan pelajar sekolah menengah


Citation

Mohd Zin, Zaid and Wasik, Mohd Salleh (2015) Analisis kesalahan penggunaan kata sendi nama "ni" dan "de" bahasa Jepun dalam kalangan pelajar sekolah menengah. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 462-471).

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di sekolah menengah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti dapatan kajian untuk panduan kepada guru bahasa Jepun bagi merancang sesuatu untuk menangani masalah dalam penguasaan kata sendi nama ini. Sebanyak 40 buah latihan kata sendi nama pelajar digunakan sebagai sampel kajian dan penyelidik juga menjalankan soal selidik terhadap 100 orang pelajar bahasa Jepun bagi mendapatkan data tambahan berkenaan kesalahan penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni”. Pengumpulan data dimulakan dengan merekodkan jenis-jenis kesilapan kata sendi nama pada latihan pelajar seterusnya menganalisis soal selidik yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni” iaitu mudah silap dan keliru dalam penggunaan kata sendi nama tersebut. Berdasarkan dapatan kajian ini, amatlah penting bagi guru bahasa Jepun untuk membuat perancangan sewajarnya dalam meningkatkan aspek pembelajaran pelajar dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi penguasaan kata sendi nama bahasa Jepun.


Download File

[img] Text
44-16.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (670kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Grammar mistakes; Preposition; Japanese; Secondary school
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 03:45
Last Modified: 18 May 2018 03:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60270
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item