UPM Institutional Repository

Tekanan kerja dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani di Malaysia: satu tinjauan


Citation

Ab Wahid, Mohd Khairudin and Soh, Kim Geok and Abdullah, Borhannudin and Samsudin, Shamsulariffin (2016) Tekanan kerja dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani di Malaysia: satu tinjauan. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 628-636).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap tekanan kerja, dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah di Malaysia dan seterusnya melihat perbezaan tahap tekanan kerja berdasarkan jantina Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah di Malaysia. Seramai 46 guru PJ sekolah menengah telah dipilih secara rawak daripada peserta kursus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Universiti Putra Malaysia. Responden kajian telah diberikan soal selidik tekanan kerja guru Pendidikan Jasmani (Occupational Stress Questionnaire-OSQ). Instrumen (OSQ) soal selidik telah dibina khas untuk mengukur tahap stress oleh Awadhesh KS (2015). Kajian ini memilih reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Data yang diperoleh dari soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian lelaki pada (M=171.0000, SP= 16.74023), manakala perempuan (M=168.7857, SP=24.11601) menunjukkan bahawa tiada terdapat perbezaan yang signifikan tahap tekanan kerja dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani lelaki dan perempuan di sekolah menengah di Malaysia. Dapatan daripada responden kajian menyatakan bahawa tahap tekanan kerja guru Pendidkan Jasmani secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi.


Download File

[img] Text
53-74.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (607kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teacher of Physical Education; Job stress; Gender
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 02:14
Last Modified: 18 May 2018 02:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item