UPM Institutional Repository

Hubungan tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran dengan pencapaian akademik murid SABK


Citation

Mahamud, Irma Yanti and Che Hassan, Norlizah (2016) Hubungan tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran dengan pencapaian akademik murid SABK. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 367-377).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam membantu pembelajaran mereka di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di empat daerah Negeri Sembilan. Teknik persampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk mengenalpasti 227 responden yang terdiri daripada murid Tingkatan Empat. Instrumen kajian yang digunakan berupa adaptasi dan diubahsuai daripada Kajian Keberkesanan Buku Sarana Ibu Bapa terhadap Pembelajaran Murid dan Indeks Persepsi Murid terhadap Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2013. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Apha) bagi keseluruhan instrumen yang digunakan adalah .942. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.86, SP=0.62). Namun demikian, bagi komponen komunikasi anak dengan ibu bapa (M=3.52, SP=0.80) dan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak (M=3.64, SP=0.76) menunjukkan tahap yang sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid ( r=0.058, p=0.386).


Download File

[img] Text
53-43.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (449kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Parents' involvement; Academic achievement; Religious government-affiliated schools; Parents toolkit
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 01:20
Last Modified: 18 May 2018 01:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60197
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item