UPM Institutional Repository

Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar kolej vokasional, Malaysia


Citation

Omar, Rosmaria and Ahmad, Nor Aniza (2016) Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar kolej vokasional, Malaysia. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 95-106).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional, Malaysia. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini merangkumi tiga aspek motivasi iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan kurang bermotivasi. Perakuan oleh tiga orang pakar digunakan untuk menguji kesahan kandungan. Manakala, seramai 430 orang pelajar tahun akhir di kolej vokasional terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Ujian Analisis Penerokaan (EFA) dilakukan menunjukkan ketekalan dalam yang tinggi, α=.921 bagi instrumen tersebut. Begitu juga, nilai factor loading yang > .50 bagi setiap item yang diuji diperoleh melalui Ujian Analisis Kesahan (CFA).Kajian ini melibatkan seramai 430 orang responden kajian yang dipilih daripada 13 buah kolej vokasional seluruh Malaysia. Model pengukuran hasil analisis CFA yang diperoleh memenuhi kriteria fitness indexes di mana RMSEA= .062, CFI=.914, TLI= .904 dan Chisq/df= 2.636. Hasil analisis EFA dan CFA menunjukkan Instrumen Motivasi Pencapaian Pelajar mencapai kesahan dan kebolehpercayaan dalam konteks kajian motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar di kolej vokasional.


Download File

[img] Text
53-12.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (940kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Students' achievement motivation; Intrinsic motivation; Extrinsic motivation; Achievement motivation instrument
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 00:43
Last Modified: 18 May 2018 00:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60141
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item