UPM Institutional Repository

Kaedah amali sains sebagai medium untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi


Citation

Hassin, Alazhar and Kamarudin, Nurzatulshima (2016) Kaedah amali sains sebagai medium untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 47-55).

Abstract

Kaedah amali sains merupakan salah satu kaedah pengajaran yang wajib dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana kerja amali sains merupakan satu komponen yang akan dinilai untuk menentukan prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan. Kaedah amali sains amat menitik beratkan aktiviti ‘hands-on’ yang mementingkan penglibatan murid dalam aktiviti kerja amali atau eksperimen yang dijalankan. Oleh itu ia mampu menjadi medium terbaik untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid di sekolah kerana penerapan KBAT yang berkesan hanya dapat dilaksanakan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berpusatkan murid dan melibatkan beberapa strategi tertentu. Oleh itu, teknik yang digunakan oleh guru dalam kaedah amali sains memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan penerapan KBAT yang diharapkan. Penerapan KBAT akan lebih berkesan sekiranya guru melaksanakannya dalam fasa-fasa yang sesuai melalui kaedah amali sains. Kertas kerja ini membicarakan pengajaran sains melalui kaedah amali sains. Penekanan kertas kerja ini ialah tentang teknik pengajaran dalam kaedah amali sains. Beberapa konsep penerapan KBAT dalam pengajaran juga dibincangkan disamping konsep amali sains seperti perkembangan dan tujuannya.


Download File

[img] Text
53-7.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (720kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Learning science; Science practical work; Higher order thinking skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 13 Apr 2018 07:23
Last Modified: 18 May 2018 00:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60136
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item