UPM Institutional Repository

Peramal tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan dalam kalangan murid sekolah menengah


Citation

Chun, Cheng Chuan (2015) Peramal tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan dalam kalangan murid sekolah menengah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan faktor motivasi, komitmen sukan dan penentu Theory Planned Behavior dengan keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan pada masa hadapan dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan Self-Determination Theory (SDT), Model Komitmen Sukan (MKS) dan Theory Planned Behavoir (TPB) untuk mengkaji tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif yang melibatkan 1311 orang murid daripada 16 buah sekolah. Instrumen kajian terdiri daripada Skala Motivasi Rekreasi (Pelletier et al., 1995), Skala Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993) dan Skala Theory Planned Behavior (Cunningham & Kwon, 2003). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian t, ujian ANOVA dan Regresi Berganda. Subjek kajian terdiri daripada seramai 1311 orang murid sekolah menengah. Jumlah subjek kajian adalah 49.9% murid lelaki (n = 654) dan murid perempuan ialah 50.1% (n = 657). Majoriti subjek adalah murid Melayu (n = 866, 72.4%), diikuti oleh murid Cina (n = 207, 17.3%), murid kaum lainlain (n = 88, 7.4%) dan murid India (n = 35, 2.9%). Kajian mendapati 1/3 murid sekolah menengah adalah tidak aktif penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan. Manakala, 56.5% murid sekolah menengah mempunyai tahap tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan yang tinggi, 36.4% pada tahap sederhana dan 7.1% pada tahap rendah. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan pada masa hadapan berdasarkan jantina dan kaum. Tahap keinginan penglibatan murid lelaki dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan adalah lebih tinggi daripada murid perempuan. Murid Melayu dan murid kaum lain-lain didapati menunjukkan keinginan yang lebih tinggi untuk terlibat dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan berbanding dengan murid Cina. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik, norma subjektif dan sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan penglibatan murid sekolah menengah dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan pada masa hadapan. Analisis regresi menunjukkan peramal terbaik keinginan penglibatan pada masa hadapan dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan bagi murid lelaki, murid perempuan, murid Melayu dan murid bukan Melayu adalah norma subjektif, sikap dan pelaburan peribadi. Kajian ini menyumbang secara teoretikal dan praktikal bagi mencadangkan langkah intervensi untuk meningkatkan penglibatan murid sekolah menengah dalam aktiviti sukan di luar waktu persekolahan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 20IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Call Number: FPP 2015 20
Chairman Supervisor: Profesor Aminuddin Bin Yusof, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 27 Mar 2018 07:08
Last Modified: 27 Mar 2018 07:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59729
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item