UPM Institutional Repository

Pengaruh stigma masyarakat dan stigma kendiri terhadap sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan dewasa


Citation

Rohaizad, Faizura (2014) Pengaruh stigma masyarakat dan stigma kendiri terhadap sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan dewasa. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh stigma masyarakat dan stigma kendiri terhadap sikap individu dewasa untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian korelasi bertujuan mengumpulkan data bagi menjawab persoalan kajian yang dibina. Seramai 476 orang responden yang berumur 21 tahun ke atas telah terlibat dalam kajian ini yang dijalankan di daerah Kuala Lumpur. Para responden kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berlapis. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Social Science (SPSS). Berdasarkan kepada analisis data, responden kajian mempunyai tahap stigma masyarakat yang sederhana, tahap stigma kendiri yang sederhana, dan sikap yang sederhana terhadap perkhidmatan kaunseling. Majoriti responden juga cenderung menjadikan ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai sumber rujukan apabila berhadapan dengan konflik. Stigma kendiri dilaporkan lebih tinggi dalam kalangan responden lelaki dan responden perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap perkhidmatan kaunseling berbanding responden lelaki. Walau bagaimanapun kedua-dua gender tidak menunjukkan perbezaan persepsi terhadap stigma masyarakat. Dapatan turut menunjukkan stigma masyarakat dan stigma kendiri berupaya menerangkan 60.7% varians dalam sikap responden untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Implikasi utama dapatan kajian ini adalah menjurus kepada maklumat berkaitan penawaran perkhidmatan kaunseling dalam komuniti serta pendekatan silang budaya dalam amalan kaunseling bagi mengurangkan stigma. Pada masa hadapan, pengkaji mencadangkan pengaruh stigma dikaji berdasarkan perkhidmatan kaunseling yang lebih spesifik seperti kaunseling kerjaya dan menyarankan kepada para kaunselor dalam komuniti untuk menggiatkan program outreach secara proaktif.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2014 60IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling
Subject: Psychotherapy
Call Number: FPP 2014 60
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rusnani bt. Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Mar 2018 01:00
Last Modified: 20 Mar 2018 01:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59657
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item