UPM Institutional Repository

Ciri keusahawanan dan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang


Citation

Md Piah, Norhasliza and Abdul Kadir, Suhaida (2017) Ciri keusahawanan dan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang. International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-13. ISSN 2462-2079

Abstract

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran yang merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal dan Perniagaan dan Keusahawanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat global. Kajian deskriptif-korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang. Populasi kajian adalah daripada semua murid Tingkatan Dua yang mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dua buah sekolah menengah kebangsaan. Sampel kajian adalah seramai 250 orang murid. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Ciri keusahawanan pelajar mampu meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam diri seseorang bagi mencapai matlamat tahun 2020 untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian. Pemberian program, kursus dan latihan dapat memberi pendedahan awal yang tinggi dan baik kepada murid berkaitan tentang keusahawanan dan meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan murid. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran keusahawanan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Ciri keusahawanan dan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Entrepreneurial characteristic; Entrepreneurial career aspirations; Integrated living skill (ILS)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 02 Mar 2018 01:51
Last Modified: 02 Mar 2018 01:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59416
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item