UPM Institutional Repository

Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap prestasi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, kemahiran komunikasi dan penglibatan murid tingkatan satu di Selangor


Citation

Yang, Guat See (2015) Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap prestasi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, kemahiran komunikasi dan penglibatan murid tingkatan satu di Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek (PoBL) terhadap prestasi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), kemahiran komunikasi dan penglibatan murid tingkatan satu. Kajian kuatitatif ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah harian di daerah Hulu Langat, Selangor. Pengkaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental ujian pra-pasca dengan 63 orang sampel kajian iaitu murid tingkatan satu yang mengambil mata pelajaran KHB. Seramai 33 orang sampel terlibat dalam kumpulan rawatan manakala 30 orang sampel kajian terlibat dalam kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini menduduki ujian pra sebelum program intervensi yang bertajuk “Reka Bentuk dan Penghasilan Projek” dijalankan dan menduduki ujian pasca selepas menjalani program intervensi selama lapan minggu. Pengkaji menggunakan satu set instrumen kajian yang sama dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pasca untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap prestasi mata pelajaran, kemahiran komunikasi dan penglibatan murid. Instrumen kajian tersebut meliputi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A ialah maklumat demografi, bahagian B ialah soal selidik yang merangkumi pembolehubah bersandar kemahiran komunikasi dan penglibatan murid manakala bahagian C ialah soalan ujian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi mata pelajaran antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca dengan t(61)=2.11, p=0.04. Dapatan kajian turut menunjukkan peningkatan prestasi mata pelajaran kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan dengan nilai min kumpulan rawatan (62.67) berbanding dengan kumpulan kawalan (54.38). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan terhadap kemahiran komunikasi dalam ujian pasca dengan t(61)=2.34, p=0.02. Dapatan turut menunjukkan peningkatan kemahiran komunikasi kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan dengan nilai min kumpulan rawatan (3.84) berbanding dengan kumpulan kawalan (3.64). Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan terhadap tahap penglibatan murid tingkatan satu. Kajian ini menunjukkan pendekatan PoBL mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran KHB dan kemahiran komunikasi. Rentetan itu, pendekatan ini boleh digunakan sebagai pelengkap kepada pembelajaran secara tradisional dalam mata pelajaran KHB di sekolah menengah.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 15IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Project method in teaching
Subject: Life skills - High school students
Subject: Study and teaching
Call Number: FPP 2015 15
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 05 Mar 2018 04:35
Last Modified: 05 Mar 2018 04:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59303
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item