UPM Institutional Repository

Pengaruh kesejahteraan kaunselor terhadap penglibatan kerja dalam kalangan kaunselor di Malaysia


Citation

Ng, Haw Kuen (2015) Pengaruh kesejahteraan kaunselor terhadap penglibatan kerja dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Isu kesejahteraan kaunselor dibincang secara meluas di peringkat global, kaunselor tidak stabil yang mempunyai masalah seperti kelesuan dan keletihan, kehilangan sifat belas kasihan, trauma penganti, kerungsingan, tekanan kerja, masalah mental,penyalahgunaan bahan kimia, masalah fizikal dan lain-lain merupakan ancaman kepada profesion ini. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara Kesejahteraan dengan Penglibatan Kerja dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Reka bentuk kajian merupakan kombinasi kajian deskriptif dan kolerasi. Sampel kajian adalah seramai 340 orang Guru Kaunseling dan diambil secara rawak berlapis dari jenis sekolah dan negeri di Malaysia. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada Inventori Five Wellness Inventory (5FWEL) yang bertujuan untuk mengukur tahap kesejahteraan dan Penglibatan Kerja Kanungo yang bertujuan untuk mengukur tahap penglibatan kerja. Nilai pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi Kesejahteraan adalah .94 dan Penglibatan Kerja adalah .85. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara Kesejahteraan dengan Penglibatan Kerja (r= .227). Analisis Regresi Pelbagai mendapati bahawa 8.6% perubahan dalam Penglibatan Kerja adalah disebabkan oleh kombinasi keenam-enam pembolehubah dalam Kesejahteraan dan ia mampu meramal secara signifikan Penglibatan Kerja Guru Kaunseling berbanding dengan komponen kesejahteraan yang lain. Namun jika menjalankan perbandingan skor min antara 5F-WEL (M= 81.72) dengan Guru Kaunseling (M= 78.29) di Malaysia, didapati Guru Kaunseling masih perlu berusaha untuk mempertingkatkan kesejahteraan mereka. Selain itu, keputusan kajian juga mendapati bahawa responden mempunyai tahap penglibatan kerja yang tinggi dan tahap kesejahteraan yang kurang memuaskan. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini dapat memberikan satu implikasi yang kuatkepada pengamal kaunseling di Malaysia terhadap tahap kesejahteraan dan penglibatan kerja serta memberikan satu garis panduan kepada Kaunselor untuk meningkatkan tahap kesejahteraan mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 8IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counselors
Subject: Attitudes
Call Number: FPP 2015 8
Chairman Supervisor: Wan Marzuki Wan Jaafar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 27 Feb 2018 03:05
Last Modified: 27 Feb 2018 03:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59236
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item