UPM Institutional Repository

Penerapan teori kaunseling semasa internship dalam kalangan pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling


Citation

Zakaria, Ezalinda and Zakaria, Noor Syamilah (2017) Penerapan teori kaunseling semasa internship dalam kalangan pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 419-425).

Abstract

Perkhidmatan kaunseling yang berkesan ialah perkhidmatan yang bersandarkan kepada teori. Kefahaman dan amalan yang berlandaskan teori dapat memberi keyakinan dan hala tuju kepada kaunselor dalam menjalankan tugasan dan peranannya. Teori merupakan asas yang membolehkan kaunselor berupaya memberikan sesuatu pengalaman perkhidmatan kaunseling dengan lebih terperinci. Pemahaman serta amalan teori yang tepat akan dapat membantu mengawal pemikiran dan tindakan kaunselor agar dapat membuat penerokaan dan penilaian proses kaunseling dengan lebih berkesan. Internship kaunseling merupakan medium yang sangat baik untuk mengukur tahap pengetahuan, pemahaman, dan pengaplikasian teori kaunseling semasa sesi kaunseling sedang berlangsung. Semasa mengendalikan sesi kaunseling, pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling akan menggunakan pelbagai kemahiran asas dan lanjutan dalam kaunseling. Oleh itu, kertas cadangan ini ditulis bertujuan untuk mencadangkan satu kajian kes interpretatif untuk meneliti sejauh manakah pemilihan, pemahaman, dan pengaplikasian teori kaunseling oleh para pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling semasa menjalani internship kaunseling di seting seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam serta jabatan-jabatan kerajaan. Tempoh internship merupakan platform terbaik untuk mengukur sejauh manakah peserta kajian mengaplikasi teori kaunseling dalam tempoh latihan sekaligus memberikan gambaran terkini tentang kemampuan mereka memilih, memahami, dan mengaplikasi teori kaunseling dalam perkhidmatan kaunseling.


Download File

[img] PDF
35-49.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (242kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Counseling theory; Internship
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 09:48
Last Modified: 06 Feb 2018 09:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58822
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item