Simple Search:

Kompleksiti kognitif dan kompetensi kaunselor pelatih dalam penyeliaan kaunseling: satu kajian literatur


Citation

Arifin, Suhaili and Mohd Noah, Sidek and Wan Jaafar, Wan Marzuki and Zakaria, Noor Syamilah (2017) Kompleksiti kognitif dan kompetensi kaunselor pelatih dalam penyeliaan kaunseling: satu kajian literatur. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 272-280).

Abstract / Synopsis

Penyeliaan kaunseling merupakan satu pengalaman latihan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan perkembangan kompetensi setiap kaunselor pelatih. Kompetensi kaunselor pelatih sangat penting bagi memastikan kebajikan klien terjamin di samping mengekalkan pengiktirafan kaunselor sebagai golongan profesional. Walaupun begitu, sewaktu diselia kaunselor pelatih perlu memainkan pelbagai peranan dan tanggungjawab secara serentak kepada penyelia dan klien. Perkara ini tidak mudah untuk dilakukan dalam satu masa yang sama kerana memerlukan kaunselor pelatih untuk bersedia sepenuhnya dari sudut keupayaan mental atau dikenali sebagai kompleksiti kognitif. Menyedari kepentingan aspek tersebut terhadap pertumbuhan kaunselor pelatih, pendidik kaunselor mula memberi penekanan terhadap pembangunan kompleksiti kognitif terutama dalam penyeliaan kaunseling. Beberapa kajian menunjukkan kompleksiti kognitif sangat membantu perkembangan kompetensi kaunselor pelatih seperti keberkesanan menjalankan proses kaunseling, penguasaan kemahiran, penggunaan teori, konseptualisasi kes dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini merupakan satu bentuk tinjauan literatur yang membincangkan tentang kepentingan kompleksiti kognitif terhadap kompetensi kaunselor pelatih dalam konteks penyeliaan kaunseling.


Download File

[img] PDF
35-37.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (341kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Trainee counselor; Cognitive complexity; Competency; Counseling supervision
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 04:23
Last Modified: 06 Feb 2018 04:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58800
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item