UPM Institutional Repository

Kepuasan pelajar dan cabaran dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia


Citation

Mohd Yusof, Norlaili and Asimiran, Soaib and Basri, Ramli (2017) Kepuasan pelajar dan cabaran dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 252-257).

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia. Kajian terhadap kepuasan pelajar perlu dijalankan memandangkan pelajar adalah produk yang bakal dihasilkan oleh semua universiti. Hal ini memerlukan kepada suatu sistem pengurusan kualiti yang mapan bagi membolehkan kebajikan para pelajar dapat dibela. Justeru pada tahun 2015, satu penambahbaikan kepada pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ISO telah diperkenalkan iaitu pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015 yang bertujuan untuk membantu Universiti Awam menguruskan institusi dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan pelanggan, menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan menggalakkan penambahbaikan (Fonseca, 2015). Bagi menjayakan pelaksanaan SPK ISO, penglibatan semua pihak adalah sangat diperlukan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 telah memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sepanjang pelaksanaannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelajar dan cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Universiti Awam di Malaysia.


Download File

[img] PDF
35-34.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (228kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Student's satisfaction; Service quality; Challenges; MS ISO 9001:2015
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 02:33
Last Modified: 06 Feb 2018 02:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58794
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item