Simple Search:

Gaya Bahasa Dalam Novel Remaja Khairuddin Ayip


Citation

Su, Mohd Azhar (2005) Gaya Bahasa Dalam Novel Remaja Khairuddin Ayip. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian gaya bahasa dalam novel remaja Khairuddin Ayip iaitu Guruku Ibuku Jua, Bukan Untukku, Songket Berbenang Emas, Sayangnya Jauh Di Kota, Jalan Masih Berliku dan Teguh. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat bahan, maklumat, keterangan dan penyataan. Tinjauan terhadap kajian mengenai gaya bahasa yang pernah dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pendekatan yang sering digunakan dalam kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati novel remaja Khairuddin Ayip mempunyai ciri-ciri keindahan universal dari segi gaya bahasa, nilai intelek dan nilai etika. Novelis menggunakan secara maksimum kesemua aspek gaya bahasa untuk mengolah dan menjalin cerita terutama dalam perlukisan jiwa, perasaan, suasana atau latar dengan menggunakan bahasa asing, kata pinjaman, dialek, bombastik dan apostrophe, gaya bahasa perulangan, perbandingan dan pertentangan untuk mencernakan novel remaja tersebut. Hasil kajian juga mendapati gaya bahasa dapat memperlihatkan jiwa dan keperibadian novelis. Penemuan ini dapat mencerminkan kemantapan serta kematangan novelis tersebut. Keseluruhannya, novelis berjaya mengekspoitasi sepenuhnya gaya bahasa untuk menyampaikan pemikiran dan gagasan ke arah wawasan pembinaan dan penyatuan golongan remaja.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2005_10(1-24).pdf

Download (619kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Young adult literature, Malay - Malaysia
Call Number: FBMK 2005 10
Chairman Supervisor: Dato' Kamaruzzaman A. Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 08:11
Last Modified: 27 May 2013 07:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5867
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item